SEMEKAR di hati SEMEKAR di hati...

Thursday, February 16, 2012

Tentang Blog Semekar

Salam 1Malaysia buat semua pengunjung budiman.

Terima kasih kerana sudi menjadikan blog ini sebagai wadah informasi anda. Blog ini ditubuhkan pada 17 Februari 2012. Walau bagaimanapun, blog ini masih bersifat peribadi dan belum lagi diangkat menjadi blog rasmi sekolah. Semua maklumat di sini adalah berdasarkan maklumat semasa. Sekiranya ada sebarang catatan yang mungkin tidak selari dengan dasar sekolah, ia adalah pandangan peribadi penulis semata-mata.

Tujuan utama blog ini diwujudkan ialah untuk rujukan khas semua warga dan bekas warga Semekar tidak kira di mana sahaja anda berada. Semoga catatan di sini memberi informasi berguna dan terkini untuk anda semua. Besar harapan saya agar blog ini mampu mengumpulkan semua warga Semekar sekaligus menjadi medan bertukar maklumat dan pendapat. Saya juga berharap blog ini mampu menjadi koleksi yang mencatatkan sejarah perjalanan Semekar dan seluruh warganya.

Akhir sekali, saya mengalu-alukan semua warga Semekar untuk menjadi pengikut blog ini.

Sekian, terima kasih.

Sifu
3.45pm
Jumaat
17 Februari 2012
Semekar

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...